Wednesday 9 October 2013

Apakah Perkara Yang Tidak Sepatutnya Anda Lakukan Terhadap Sutera?

Semua telah sedia maklum sutera adalah material yang sensitif dan memerlukan penjagaan yang sempurna bagi memastikan kualitinya tidak terjejas. Bagi memastikan fabrik sutera anda sentiasa kelihatan bersinar dan baru, ELAKKAN dari melakukan perkara-perkara berikut:
  1. JANGAN gunakan bahan peluntur untuk mencuci fabrik sutera kerana ia akan merosakkannya walaupun fabrik tersebut hanyalah shawl, skaf, baju atau tie yang berwarna putih;
  2. JANGAN dedahkan fabrik sutera kepada sinaran matahari kerana ia akan memudarkan warnanya;
  3. JANGAN gunakan pencuci yang mengandungi alkohol untuk mencuci fabrik sutera anda. Ini termasuklah ketika anda menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol, elakkan dari terkena fabrik sutera yang anda pakai.   
Jadi, bagaimana untuk mencuci fabrik sutera? Di sini ada beberapa tips yang boleh dipraktikkan.

  1. Cuci fabrik sutera anda menggunakan tangan (hand wash) bagi mengelakkan berlakunya kerosakan. Cucian tangan juga akan mengelakkan berlakunya pengecutan pada fabrik anda.
  2. Gunakan air suam dengan sabun yang lembut dan jika anda dapat menggunakan syampu bayi adalah lebih baik kerana ia akan memelihara fabrik sutera anda.
  3. Untuk bilasan terakhir, campurkan satu sudu besar cuka ke dalam air. JANGAN rendam fabrik sutera anda lebih dari tiga minit dan JANGAN perah. Untuk mengeringkannya, hanya gulungkan secara lembut.
  4. Sekiranya anda memilih untuk mencuci fabrik sutera menggunakan mesin basuh, pastikan anda mengikuti arahan yang diberikan pada mesin basuh. Harus diingat bahawa semua mesin basuh mempunyai arahan yang berasingan untuk fabrik sutera. Tetapi sebaik-baiknya elakkan dari menggunakan mesin basuh.
  5. Akhir sekali, jemur fabrik sutera anda di tempat yang teduh. 

No comments:

Post a Comment